a n i m n y e r :)
kami dah BESARlahh
Friday, 1 March 2013 | 04:52 | 0comments sini
SABTU minggu lepas,  
Anim pergi Perlis.
 Saja tingin nak jejalan sebab dah lama ngat terperap kat umah nie.. 
Dah kat perlis uh, malam first tu Anim tido umah kawan baik Anim, 
Nazifa. 
Plan kami esoknyer nak gi gathering kat Wang Mu. 
Gathering tu habis lam pukul 6 petang then 
Anim nan kengkawan terus ke umah kawan baik Anim yang lagi sorang,
Akmar a.k.a PAKMA.. 
(Anim panggil dy pakma :))

Umah Pakma lam kampung. 
Ayah dya peminat burung. 
Memang bnyak la burung lam umah dya,
 sampaikan lam toilet pun ada burung. 
Burung2 tu punya la riuh bukan main,
 pening Anim dengar burung2 tu duk bersembang sesama sendiri. 


Jiran depan umah Pakma tu pulak,
 lg extrem dari ayah Pakma ni. 
Bukan takat burung dy bela,
 dy bela sekali dengan angsa, itik, ayam dan jugak ayam belanda yang pakar hingaq tu. 
Sekali pandang umah pak cik uh 
ada la macam 
Taman Burung.. huhuhu ~



Pada pagi keesokan harinya, hujan turun rintik2.
 Hujan. Mula2 tu ngeluh gak la. 
Tapi, bila fikir2 balik, pasti ada hikmahnya kan..? 
Tapi Anim ajak gak Pakma bawak Anim naik moto.  
Pusing2 kampung. 
Ye la,
 umah Anim tadak sapa naik moto since my daddy excident masa Anim darjah 5 dulu. 
Jadi cam rusa masuk kampung pun ada la jugak.
 Bertahun dah tak naik moto, 
sekarang Anim dah 18 tahun. BESAR dah lahhh...


Pastu, kami benti sat isi minyak. 
Masa nak bayar duit minyak tu an, 
si penjaga kaunter tu tanya,

"ADIK TAK PI SEKOLAH KE HARI NI ?''.

dengan penuh prihatin akak tu tanya. 
huhu.. Anim senyum je la. 
Pakma cakap kat akak uh,

 "akak, kami ngah tunggu result SPM keluar ni ".. 

Then kami teruskan perjalanan kami.. 
Pakma nak singgah pulak kat umah kawan Pakma kat kampung sebelah.
 Dah sampai kat umah kawannya tu, 
kami pun salam la maknye. 
Soalan 1st yang mak cik tu tanya berbunyi cam ni, 

"Eh, tak pi sekolah ke hari ni ? ". Aduhai, soalan tu lagi..

Petang tu pulak, jejalan kat Padang Besar. 
Erm, kering gak la poket Anim kat situ. 
HIHII, gaji pertama la katakan. 
Gembira bukan main la. ^^
Dalam banyak2 kedai yang kami pi, 
ada la dua tiga mak cik prihatin tanya, 

" BARU BALIK SEKOLAH KE ? ".. 

gulp !! soalan itu lagi. huh ! sabo je la..

Anim and Pakma pun mula tertanya tanya. 
Asal la orang asyik tanya soalan cepu mas tu.
 Muka kami ni tak mecet sangat ka ??  
( Isy !! Mentang2 aku ni bersaiz kecik, ingat aku budak sekolah lagi ka ? ). 
Kami dah BESARlahh..

Selepas dua malam bermalam di rumah Pakma, 
Anim and Pakma berangkat pula ke umah Nazifa. 
Nazifa bawak jejalan kat Kangar.
 Kecik je Kangar tue. 
Pusing2 leh jumpa orang yang sama gak la kiranya.  
Anim and Pakma ni obses sikit kat getah2 rambut and sepit rambut.



 Masa membeli kat kedai kecik tepi jalan 
yang jual getah rambut dan sewaktu dengannya tu,
 cik abang selaku jurujual tu tanya, 

" ADIK TAK PI SEKOLAH KE HARI NI ? "...

Hai , Anim mula la geram. 
Pakma pun duk jeling2 Anim. Isy ! Abang ni
 ( Panggil PAK CIK pun leh jugak kot.. )  
duk wat caring tak kena tempat lak.
 Luku pala karang.

Then macam biasa,
 Anim pun cakap la ngah tunggu result SPM. 
So, PAK CIK tu tanya, 
" Dulu sekolah mana ? ".. 

Kami pun terang la serba sedikit dekat PAK CIK tu. 
Then, PAK CIK tu bersuara lagi sambil senyum2 kambing...

"Erm, kalu macam tu, saya bagi murah sikit. SPECIAL untuk ustazah2 ni ".

CISS ! 
Baru cakap kami ni ex sekolah agama, 
Dy da panggil ustazah. 
Haru betul. Ingat budak sekolah agama ni,
 keluar2 semua jadi ustazah ka ?
Ramai je jadi doktor, engineer, lawyer... 
kalu doktor, doktor soleh solehah.. 
serba boleh..
 Ilmu dunia dan ilmu akhirat pun ada. 
seimbang. 

Open minded sikit lah PAK CIK :)

Dalam duk best2 jalan nuh,
 terserempak plak dengan encik2 polis.
 Huhu ketaq gak lar lutuit Anim nie.



 Ye la, kot2 encik2 polis tu ingat kami ni pelajar2 sekolah yang kaki ponteng. 
Wat malu ja kalu kena tahan.
Anim pun suruh la Pakma and Nazifa standby kad pengenalan sebagai  
BUKTI YANG KAMI NI DAH BERJAYA MELEPASI ALAM PERSEKOLAHAN
( dengan bangganya :) 

hehehhh... 19 hari lagi result nak keluar. Berjayakah ?

Encik2 polis tu usha pelik ja kat kami, 
Anim and kengkawan cuba berlagak biasa.. 
Fuhh, nasib encik2 polis tu senyum ja. 
ALHAMDULILLAH.. 
Anim ketaq ngat sebab 
Anim tertinggal kad pengenalan kat dalalm handbag umi,
 best tak ? 
kat Penang nuhhh.. 
 Kalu kena tahan la tadi, 
sedap gak ni.

Hurm , 
Anim dah tak larat nak story pepanjang bab2 ni 
sebab bila duk remind2 balik,
 Anim tergelak sorang2. 
Aneh gak bila Anim berkelakuan sebegini (gelak sorang2 ) , 
so sebelum Anim layak jadi calon Tanjung Rambutan yang femes tu, 
better Anim stop dulu dari melakukan aktiviti flashback tu. 


Huhu.. 
memang ramai lah yang kata kami ni budak sekolah. 
Badan ni memang la kecik disebabkan genetic family Anim pun dah macam tu,

 tapi usia Anim dah meningkatlahh...

p/s : Don't judge a book by it cover ye :)

klik sini kalu nak usha older post :) | usha my newer post back
Assalamu'alaikum

on social network





Your footstepz !


Template simple ni
100% by Anim :)